Motivasi merupakan jantung-nya proses belajar. Oleh kerana motivasi begitu
penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru yang pertama dan terpenting
adalah membangkitkan atau membangun motivasi pelajar terhadap apa yang akan
dipelajari oleh pelajar. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi
juga mengarahkan dan memperkuat tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam
pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam
pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru.
Menurut para pakar motivasi terdapat dua jenis motivasi yang umum, iaitu
motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah keinginan bertindak
yang disebabkan oleh faktor pendorong yang murni berasal dari dalam diri
individu, dan tujuan tindakan itu ter
libat di dalam tindakan itu sendiri, bukan
di luar tindakan tersebut. Berbeza dengan motivasi ekstrinsik, iaitu keinginan
bertingkah laku sebagai akibat dari adanya rangsangan dari luar atau kerana
adanya kekuasaan dari luar. Tujuan bertingkah laku pun tidak terlibat dalam
tingkah laku itu sendiri, tetapi berada di luar tindakan tersebut.
Di dalam proses belajar, motivasi intrinsik lebih berkesan mendorong pelajar
dalam belajar. Namun bukan bermakna bahawa motivasi ekstrinsik perlu dihindari
sama sekali. Motivasi ekstrinsik dapat memancing timbulnya motivasi intrinsik.
Banyak pelajar yang termotivasi secara ekstrinsik dapat berjaya dengan baik
dalam belajar, seperti halnya dengan pelajar-pelajar yang termotivasi secara
intrinsik, asalkan guru dapat membantu mereka dengan cara yang tepat sesuai
dengan keperluan mereka. Ada berbagai cara yang dapat dilakukan oleh guru dalam
membangkitkan motivasi pelajar dalam belajar melalui pengembangan motivasi
ekstrinsik, seperti memberikan penghargaan atau celaan, membangun persaingan,
memberikan hadiah atau hukuman, dan memberi tahu kemajuan yang dicapai oleh
pelajar. Masing-masing cara mempunyai kelebihan-kelebihan dan
kelemahan-kelemahannya sendiri. Guru harus menentukan cara yang paling tepat
sehingga berbagai kelemahan dapat dikurangi atau dihindarkan sama sekali, dan
sebaliknya kekuatan-kekuatan yang ada dikembangkan dan dimanfaatkan
sebesar-besarnya.
No comments :
Post a Comment
Silahkan berkomentar dengan baik dan sopan, komentar anda berharga bagi saya...oke browww