Menurut teori Keperluan, manusia termotivasi untuk bertingkah laku adalah
kerana ingin memenuhi bermacam-macam keperluan seperti berikut:
1. Keperluan fizikal, iaitu meliputi keperluan makan, minum, seks atau
kenikmatan dan keselamatan fizikal lainnya. Oleh kerana itu sekolah hendaknya
menyediakan persekitaran yang menimbulkan kenikmatan, keamanan secara fizikal
bagi para pelajar, sehingga mereka merasa senang dan nyaman dalam belajar.
2. Keperluan emosional, iaitu meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan
harga diri. Ini dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara
melibatkan pelajar dalam menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan
belajar. Aktiviti belajar hendaklah benar-benar bermanfaat bagi pelajar.
Tugas-tugas belajar hendaklah cukup mencabar pelajar untuk berusaha secara
maksimum, tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-urutan
aktiviti belajar hendaklah diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar
dapat berhasil dalam belajar, sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam
hal ini guru memperlakukan pelajar dengan penuh manusiaw
i dan menhormati serta
menghargai mereka.
3. Keperluan kognitif, iaitu meliputi keperluan untuk berhasil menciptakan
atau memecahkan suatu suasana konflik atau hal-hal yang saling bertentangan dan
keperluan untuk mendapatkan rangsangan. Untuk itu guru perlu memberi tahu
pelajar tentang tujuan pelajaran sehingga mereka mengetahui keberhasilan yang
bagaimana yang diharapkan untuk mereka capai. Berbagai macam cara penyajian
dapat dilaksanakan, seperti melalui teka-teki, pertanyaan yang mengundang
perdebatan atau berbagai pendapat untuk menjawabnya, memunculkan
pandangan-pandangan yang berlawanan atau berbeza atau aneh sehingga
pelajar-pelajar terangsang untuk berfikir dan membahasnya. Menyediakan
rangsangan dengan memberikan maklumat baru dan berkualiti melalui ceramah,
demonstrasi dan perbincangan.
Abraham Maslow, seorang pakar motivasi terkenal dan pencipta teori keperluan
mengemukakan suatu hubungan hirarki di antara pelbagai keperluan. Menurutnya
jika keperluan pertama terpuaskan atau terpenuhi, maka keperluan kedua dirasakan
oleh individu sangat penting untuk dipuaskan. Demikian seterusnya sampai
keperluan yang paling tinggi, iaitu keperluan aktualisasi diri.
Para pakar Humanistik menitik-beratkan pentingnya motivasi dari dalam diri
sendiri (self-motivation). Mereka menganjurkan agar guru-guru mendorong
berkembangnya rasa ingin tahu dan minat semulajadi pelajar dalam belajar. Para
pakar Behavioristik pula menekankan pentingnya persekitaran dalam menciptakan
kondisi yang memotivasi pelajar. Mereka menganjurkan agar guru mengaitkan
belajar dengan rangsangan yang menimbulkan perasaan senang dan membentuk tingkah
laku pelajar melalui pemberian hadiah atau berbagai penguatan lainnya.
No comments :
Post a Comment
Silahkan berkomentar dengan baik dan sopan, komentar anda berharga bagi saya...oke browww