Dengan memahami teori-teori yang termasyhur tentang motivasi, maka guru dapat
mengembangkan lapan (8) jenis motivasi di dalam kelas, iaitu: (1) motivasi
tugas; (2) motivasi aspirasi; (3) motivasi persaingan; (4) motivasi afiliasi;
(5) motivasi kecemasan; (6) motivasi menghindar; (7) motivasi penguatan; dan (8)
motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri.
Motivasi tugas adalah motivasi yang ditimbulkan oleh tugas-tugas yang
ditetapkan sama ada oleh guru, murid sendiri, mahupun yang dirancangkan oleh
guru dan murid secara bersama-sama. Pelajar yang memiliki motivasi tugas
memperlihatkan keterlibatan dan ketekun
an yang tinggi dalam menyelesaikan
tugas-tugas belajar. Motivasi tugas hendaklah dibangun di dalam diri pelajar dan
ini dapat dilakukan oleh guru kalau dia mengetahui cara-caranya.
Motivasi aspirasi yang tinggi tumbuh dengan subur kalau pelajar memiliki
perasaan sukses. Perasaan gagal dapat menghancurkan aspirasi pelajar dalam
belajar. Oleh kerana itu guru jangan menjadikan pelajar selalu gagal, walaupun
ini bukan bermakna guru harus menjadikan pelajar sukses terus menerus. Suatu
konsep yang harus ditanam oleh guru kepada pelajar agar ia memiliki aspirasi
yang tinggi adalah bahawa kesuksesan atau kegagalan ditentukan oleh 'usaha',
bukan oleh kemampuan atau kecerdasan.
Persaingan yang sihat dapat menjadi motivasi yang kuat dalam belajar. Namun
memupuk rasa persaingan yang berlebih-lebihan, di kalangan pelajar dalam belajar
dapat menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan menjadi giat
belajar, tetapi dengan berbagai cara berusaha mengalahkan pelajar lain untuk
mendapatkan status. Membangun persaingan dengan diri sendiri pada setiap pelajar
akan menimbulkan motivasi persaingan yang sihat dan berkesan dalam belajar.
Motivasi afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan
sebaik-baiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain.
Pelajar-pelajar yang masih kecil berusaha meningkatkan usaha dan prestasi dalam
belajar agar dia dapat diterima dan diakui oleh orang dewasa, iaitu guru dan ibu
bapanya. Namun para remaja lebih terdorong belajar untuk mendapatkan penerimaan
dan perakuan dari rakan sebaya. Oleh kerana itu, guru-guru yang mengajar
pelajar-pelajar yang masih kecil hendaknya memberikan perhatian dan penghargaan
yang penuh terhadap peningkatan usaha dan hasil belajar yang ditampilkan oleh
pelajar. Bagi pelajar remaja, guru hendaknya dapat memanfaatkan kelompok untuk
meningkatkan usaha dan prestasi belajar ahli kelompok.
Kecemasan dapat mendorong usaha dan hasil belajar. Tetapi kecemasan yang
berlebihan dapat menurunkan keghairahan dan hasil belajar. Pelajar yang telah
memiliki motivasi yang tinggi dalam belajar jika mengalami kecemasan dapat
menurunkan motivasinya itu. Demikian juga dengan pelajar-pelajar yang memiliki
kecerdasan (IQ) rendah kalau mengalami kecemasan menyebabkan usaha dan hasil
belajar mereka menjadi bertambah merosot. Tetapi kecemasan sangat berkesan untuk
meningkatkan usaha dan hasil belajar pelajar yang bermotivasi rendah dan yang
memiliki kecerdasan tinggi.
Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar murid,
memberikan komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan pelajar dan
memberikan penghargaan. Guru hendaklah menjauhi pemahaman bahawa pemberian angka
sebagai sumber utama untuk menimbulkan motivasi penguatan, kerana
menitik-beratkan pemberian angka dalam memotivasi pelajar dapat menimbulkan
persaingan yang tidak sihat dan akan menimbulkan kecemasan di dalam kelas.
Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan
motivasi pelajar dalam belajar. Pelajar-pelajar ini menunjukkan tingkah laku
yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang
melatar-belakangi tingkah laku mereka itu. Pembentukan sistem nilai-nilai yang
menjadi tanggung jawab guru pada setiap pelajar, sehingga pelajar-pelajar
memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri adalah sangat penting. Bagi
pelajar-pelajar yang telah memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri,
guru hanya perlu memberikan pelayanan yang sesuai dengan tuntutan aktiviti
belajar mereka.
No comments :
Post a Comment
Silahkan berkomentar dengan baik dan sopan, komentar anda berharga bagi saya...oke browww