Aspek-aspek yang terlibat dalam pengajaran yang meliputi sikap guru, kaedah
pengajaran, bahan pelajaran, media pengajaran dan penilaian hasil pengajaran
sangat mempengaruhi minat dan keghairahan pelajar dalam belajar.
Sikap atau tingkah laku guru dijadikan model oleh pelajar-pelajarnya.
Pelajar-pelajar meniru sikap atau tingkah laku guru, sama ada yang pantas
mahupun yang buruk. Gaya guru dalam memimpin kelas juga mempengaruhi suasana
kelas dan kegiatan pelajar dalam belajar. Guru yang memberi semangat kepada
pelajar dengan menekankan bahawa semua pelajar dapat berhasil dalam belajar,
asal berusaha keras, rajin, tekun dan tidak mengenal putus asa, akan menimbulkan
semangat pelajar untuk belajar. Mereka tidak takut untuk salah dalam belajar,
kerana mereka yakin jika salah, mereka boleh berusaha lagi untuk memperoleh yang
benar. Guru seperti ini mengembangkan standard (tingka
t kualiti) kesuksesan yang
disebut "Multidimensional Classroom". Berbeza dengan gaya guru yang
mengembangkan standar kesuksesan "Unidimensional Classroom", yang menekankan
bahawa kesuksesan hanya dapat diraih oleh pelajar yang mempunyai potensi
inteligensi tinggi atau pelajar yang cerdas. Pelajar-pelajar yang dianggap guru
kurang berpotensi inteligensi tinggi atau kurang cerdas, tidak bersemangat untuk
belajar dan merasa diri mereka tidak mampu untuk menyelesaikan tugas-tugas
belajar. Gaya guru dalam memimpin kelas seperti ini buruk pengaruhnya terhadap
suasana kelas dan motivasi pelajar.
Tingkah laku pelajar dalam belajar dapat pula mempengaruhi keberkesanan
pengajaran. Kalau tingkah laku pelajar positif maka guru-guru cenderung
menampilkan pengajaran yang berkesan, dan jika tingkah laku pelajar negatif maka
guru-guru cenderung untuk menampilkan pengajaran yang kurang berkesan. Ada di
antara guru-guru yang memberikan pelayanan yang tidak sama terhadap
pelajar-pelajar yang berbeza status sosial-ekonomi, berbeza jenis kelamin,
berbeza kebudayaan dan berbeza prestasi belajarnya. Tentu sahaja cara ini tidak
sesuai dengan idea pendidikan yang sebenarnya.
Kaedah mengajar yang dapat mengghairahkan dan meraih minat pelajar untuk
belajar adalah memungkinkan pelajar terlibat secara aktif dalam belajar.
Berbagai model mengajar yang dikembangkan oleh Bruce Joyce dan Marsha,
memungkinkan keterlibatan pelajar yang maksimum dalam belajar. Model-model
kaedah mengajar ini menuntut keaktifan pelajar sesuai dengan taraf perkembangan
masing-masing pelajar. Pada taraf perkembangan pelajar yang tertinggi diharapkan
pelajar-pelajar dapat belajar mandiri; melakukan kegiatan belajar tanpa
tergantung banyak terhadap guru.
Bahan pengajaran sangat penting peranannya dalam meningkatkan motivasi
pelajar dalam proses pembelajaran. Guru harus mengenal faktor-faktor yang harus
dikembangkan dalam memilih bahan pelajaran. Di samping itu guru juga harus mahir
dalam mengelola bahan pengajaran sehingga menarik dan memudahkan pelajar untuk
memahami bahan pengajaran tersebut.
Media pengajaran dapat berfungsi untuk mendorong murid belajar dengan minat
dan keghairahan yang tinggi apabila media pengajaran itu dipilih dengan
mempertimbangkan ciri-ciri pelajar, tujuan pengajaran, jenis bahan pengajaran
itu sendiri dan bentuk penilaian pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk
memilih media pengajaran yang baik maka guru perlu mengetahui langkah-langkah
yang harus ditempuhnya.
Aspek pengajaran lainnya yang dapat mempengaruhi motivasi pelajar dalam
belajar adalah pelaksanaan penilaian pengajaran. Penilaian pengajaran yang dapat
meningkatkan aktiviti murid dalam belajar, adalah penilaian yang dapat
memberitahu pelajar tentang kelemahan dan kekuatannya dalam belajar dan
penilaian itu dirasakan oleh pelajar sebagai penggambaran yang benar tentang
taraf penguasaannya dalam belajar. Penilaian hendaknya diikuti dengan tindak
lanjut dari guru, iaitu membantu pelajar untuk meningkatkan taraf penguasaan
belajar yang sempurna, sehingga pelajar dapat berprestasi lebih tinggi.
No comments :
Post a Comment
Silahkan berkomentar dengan baik dan sopan, komentar anda berharga bagi saya...oke browww