Persekitaran sekolah mahupun persekitaran rumah penting peranannya dalam
meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar. Guru mahupun ibu bapa hendaknya
dapat menciptakan persekitaran sekolah dan persekitaran rumah yang memungkinkan
keghairahan dan minat murid belajar menjadi meningkat. Persekitaran fizikal
sekolah, sama ada yang menyangkut pengaturan ruangan kelas mahupun pengaturan
jumlah pelajar dalam satu kelas, hendaknya mempertimbangkan persyaratan fizikal
mahupun psikologikal yang menunjang keberkesanan pelajar dalam belajar.
Situasi sosial dalam kelas hendaknya dapat menjamin perasaan aman dan
tingginya kerj
asama dikalangan pelajar dalam mencapai tujuan akademik.
Ibu bapa dapat menciptakan situasi fizikal mahupun psikologikal yang
menyokong minat dan keghairahan anaknya dalam belajar. Penyediaan kesempatan
yang diperlukan anak dalam belajar di rumah mahupun di luar sangat menunjang
kesuksesan anak dalam belajar. Membina hubungan akrab dengan anak dan memberikan
perhatian yang tinggi penting dan patut dilakukan oleh ibu bapa, kalau mahu
anaknya berjaya dalam belajar.
No comments :
Post a Comment
Silahkan berkomentar dengan baik dan sopan, komentar anda berharga bagi saya...oke browww