Banyak teknik yang dapat dipergunakan guru untuk meningkatkan motivasi murid
dalam belajar. Guru hendaknya selalu ingat betapa pentingnya memberikan
alasan-alasan kepada pelajar mengapa mereka harus belajar dengan sungguh-sungguh
dan berusaha untuk berprestasi sebaik-baiknya. Guru juga perlu menjelaskan
kepada pelajar-pelajar apa yang diharapkan dari mereka selama dan sesudah proses
belajar berlangsung. Lebih jauh, guru perlu mengusahakan agar pelajar-pelajar
mengetahui tujuan jangka pendek dari pelajaran yang sedang diikutinya. Ingatlah
bahawa ada cara-cara yang berkesan dan ada pula cara-cara yang tidak berkesan
dalam memberikan penghargaan untuk meningkatkan kegiatan belajar, sikap terhadap
belajar dan sikap terhadap diri sendiri murid, tetapi jangan lupa bahawa untuk
pelajar-pelajar tertentu mungkin dapat merosak motivasi belaja
r mereka. Oleh
kerana itu, anda sebagai guru harus berhati-hati dalam melaksanakan ujian dan
memberikan angka atau markah kepada pelajar.
Cubalah guru melakukan sesuatu yang menimbulkan kekaguman kepada pelajar
untuk merangsang perasaan ingin tahunya. Memang baik sekali untuk menimbulkan
minat belajar, jika sekali-sekala guru memberikan aktiviti dengan memperkenalkan
sesuatu yang baru bagi para pelajar. Berilah pelajar-pelajar kesempatan untuk
mendapatkan penghargaan. Jadikan jangka masa belajar awal (permulaan) menjadi
lebih mudah bagi pelajar dan usahakan agar semua pelajar mendapat kesempatan
untuk merasa sukses. Tingkatkan motivasi pelajar dengan merangsang perasaan
ingin tahu dengan cara memperkenalkan contoh-contoh yang khas dalam menerapkan
konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Doronglah pelajar untuk mempergunakan
pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang telah mereka pelajari dari bahan
pelajaran sebelumnya untuk mempelajari bahan-bahan yang baru. Cubalah masukan
unsur permainan dalam proses belajar untuk menarik minat dan memudahkan
pemahaman pelajar terhadap bahan yang dipelajari. Doronglah pelajar anda untuk
melaksanakan usaha-usaha penemuan atau berbagai percubaan (penyelidikan) untuk
menemukan sesuatu yang belum pernah ada.
Guru haruslah berusaha untuk sedapat mungkin mengurangi persaingan di antara
pelajar-pelajar dalam meningkatkan motivasi untuk mencapai prestasi akademik.
Jauhilah perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang dapat menimbulkan
keengganan murid untuk belajar, sama ada yang merupakan ketidak-selesaan secara
fizikal mahupun yang menyebabkan hilangnya harga diri pelajar. Jangan ada
keinginan guru untuk menghukum pelajar dengan maksud agar pelajar akan belajar,
tetapi sebaliknya berilah mereka penghargaan. Terakhir yang patut diperhatikan
oleh guru dalam meningkatkan motivasi pelajar adalah bahawa guru hendaknya peka
terhadap suasana atau iklim sosial sekolah dan benar-benar memahami bagaimana
pengaruh iklim sosial itu terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh para
pelajar.
Guru hendaklah berhati-hati terhadap apa yang sedang berlangsung di dalam
kelasnya dan mencuba merasakan apabila mengajar sesuatu topik dengan cara
tertentu. Buatlah kumpulan pengalaman mengajar anda untuk dijadikan cermin dalam
mengadakan perbaikan-perbaikan. Janganlah takut melakukan berbagai percubaan
untuk menemukan cara yang terbaik dalam mengajar. Oleh kerana itu anda harus
yakin akan pentingnya belajar melalui pengalaman. Jika suatu cara yang anda
lakukan berjalan lancar, lakukan lagi; tetapi jika cara itu tidak atau sedikit
sekali memotivasi murid dalam belajar, tinggalkan cara itu. Mengajar adalah
suatu proses yang menuntut perbaikan secara cermat dan terus menerus.
No comments :
Post a Comment
Silahkan berkomentar dengan baik dan sopan, komentar anda berharga bagi saya...oke browww